Assalamua'laikum..
Ikhwah akhowat yang dirahmati Allah..
Sudahkah merancang untuk cuti fuyu nie? Jika belum, meh jom kita bersama-sama kita ke program Winter Gathering anjuran IPIJ yang bertempat di
Sumiyoshihama Resort Park dari 26 Disember sehingga 29 Disember 2004 nanti, insya-Allah.
Klik Untuk Melihat Hompej Winter Gathering IPIJ 2004
Untuk tujuan itu, satu rombongan fisabilillah akan dikeluarkan yang akan bertolak dari Tokyo ke tempat program, Sumiyoshihama Resort Park insya-Allah. Rombongan ini akan terbahagi kepada dua pakej.
PAKEJ 1: PERJALANAN NON-STOP TOKYO-OITA
Rombongan ini akan bertolak dari Tokyo Station pada 25 Disember 2004, Sabtu jam 12:33 tengah hari dan pada tengah malamnya akan menaiki Moonlight (ムーンライト) non-stop sehinggalah tiba di destinasi perjalanan pada waktu pagi Ahad, insya-Allah.
Jadual perjalanan adalah seperti berikut:
Perjalanan dari Tokyo--->Oita (25hb Disember 2004)
Tokyo(1233)--->Atami--->Hamamatsu-->Toyohashi--->Oogaki-->Maebara--->Sannomiya(ムーンライト九州)2230--->門司Moji0606-->Beppu0909
Kebaikan pakej ini: tidak perlu singgah di mana-mana eki untuk tidur kerana Moonlight tersebut berjalan pada awal pagi. Jadi, tidak perlu bersusah-payah mencari tempat tidur serta bersejuk-sejuk.
Keperluan: Anda hanya perlukan dua cop 18kippu dan satu 指定席券(Shiteisekiken) berharga 510 yen. Itu sahaja. Senang kan?
Perbelanjaan:
Tambang 片道untuk seorang=2300円+2300円+510円=
5110yen
(Sekeping 18kippu=11500)
PERHATIAN:
Oleh kerana tiket 指定席券(Shiteisekiken) untuk Moonlight sangat popular dan cepat habis, jadi sesiapa yang ingin menyertai pakej ini sila maklumkan segera pada wakil rombongan ini:
Saudara Aznan
Yahoo Messenger: aznanhamat
E-mel: aznanhamat1@yahoo.com
Telefon: 090-3599-5034
Saudari Azrinawati
Yahoo Messenger: yukiko_81
E-mel: yukiko_81@yahoo.com
Telefon: 080-5014-2674
Mereka akan mengumpul nama untuk membeli 指定席券(Shiteisekiken) itu tadi untuk anda. Jadi, bersegeralah. Tarikh tutup adalah Sabtu, 4 Disember 2004 jam 11:59 malam.
PAKEJ 2: PERJALANAN BIASA
Rombongan ini pula sama seperti rombongan pakej 1 cuma ia akan singgah di Hiroshima untuk bermalam di sana dan keesokan paginya akan menyambung perjalanan ke tempat program. Dijangkakan akan tiba di tempat program sekitar 5 petang 26 Disember 2004 insya-Allah.
Untuk itu, rombongan ini akan bertolak lebih awal iaitu sekitar 9 pagi dari Tokyo Station 25 Disember 2004, Sabtu insya-Allah.
Kebaikan pakej ini: Dapat pusing-pusing sekitar Hiroshima seketika.
Keperluan: Anda hanya perlukan dua cop 18kippu. Itu sahaja! Kemudian, jangan lupa menghubungi wakil rombongan pakej 2 iaitu saya sendiri:
Shah Reza
Yahoo Messenger: shahreza03
E-mel: shahreza03@yahoo.com
Telefon: 090-6139-9558
Tarikh akhir adalah sehari sebelum bertolak iaitu 24 Disember 2004 jam 8 malam.
Perbelanjaan:
Tambang 片道untuk seorang=2300円+2300円=
4600yen
(Sekeping 18kippu=11500)
Sahabat-sahabat adalah dinasihatkan memilih pakej 1 yang ternyata lebih selesa terutamanya bagi muslimat. Bagi yang ingin mencari pengalaman bersama-sama saya boleh sertai saya.. pastinya ia suatu pengalaman yg. sukar dilupakan.. hehe (insya-Allah).
Cepat.. cepat.. bagi azam dan nama tuan-tuan, insya-Allah. Dengan merancang awal, anda tidak akan mudah tergoda oleh cubaan lain, insya-Allah.
Jika ada sebarang masalah, jangan lupa menghubungi saya atau wakil2 di atas. Insya-Allah sama-sama merancang untuk mengorbankan sedikit harta, masa dan tenaga untuk mencari keredhaan Allah, insya-Allah.
Sekian..
Antara tanda matinya hati ialah kamu tidak merasa sedih (susah) apabila tertinggalnya suatu amal perbuatan kebaikan (kewajipan) dan tidak menyesal jika terjadi suatu pelanggaran dosa.
(Ibnu ‘Ataillah dalam al Hikam)