Sunday, February 20, 2005

:: Asyura - Part 2 ::

Puasa 'Asyura' dan Taasuaa' - Bhg 2 (akhir) (صيام عاشوراء وتاسوعاء)
oleh Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi
terjemahan oleh kamin (al-ahkam.net)

Mengenai hadith memakai celak, berhias dan berwangi-wangian : maka ia adalah dari pembikinan pendusta, dan orang2 yang lain mengambilnya dijadikan hari tersebut sebagai hari penderitaan dan dukacita, kedua2 golongan ini merupakan ahli bid'ah dan mereka terkeluar dari al-sunnah.

Ahli al-sunnah melakukan apa yang telah diperintahkan oleh Nabi saw dengan berpuasa, dan mengelak dari Syaitan yang mengarahkan kepada bid'ah. (al-Manar al Munif didalam Sahih da Dha'if, Dar al-Qalam, Beirut, ditahqiq oleh Abu Ghuddah, ms 111-113).

Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah telah ditanya : berkenaan dengan amalan manusia di Hari 'Asyura' mengenai celak, mandi, bersolek, bersalaman (berjabat tangan), memasak biji-bijian, menunjukkan kegembiraan, dan yang lain2 dari syara', apakah ia datang dari Nabi saw dengan hadith yang sahih atau tidak? Jika tidak datang dari hadith yang sahih apa2 mengenainya, apakah mereka melakukannya merupakan bid'ah atau tidak? Begitu juga yang dilakukan oleh kumpulan yang lain seperti menyakiti diri, bersedih dan berhaus-hausan, mengoyak2kan baju, Apakah perkara begitu ada asalnya atau Tidak?

Beliau menjawab : Segala pujian bagi Allah yang memerintah sekelian alam, tidak datang apa2 dari hadith Nabi saw , dan tidak juga datang dari para sahabatnya, dan tidak disunatkan dari Imam2 Islam yang empat, dan tidak selain darinya, dan tidak ada didalam riwayat oleh pencatat2 kitab rujukan sesuatu mengenai hal sedemikian, tidak dari Nabi saw, tidak dari sahabat, tidak dari tabiin, tidak dari buku Shahih, tidak dari Sunan, tidak dari masanid, tidak diketahui apa2 mengenai hadith2 ini dari abad2 yang penting.

Akan tetapi yang ada ialah hadith yang diriwayatkan kepada {من اكتحل يوم عاشوراء لم يرمد من ذلك العام، ومن اغتسل يوم عاشوراء لم يمرض ذلك العام}"sesiapa pada hari 'Asyura' memakai celak maka dia tidak merasa pedih mata sepanjang tahun, dan barangsiapa yang mandi pada hari 'Asyura' tidak akan sakit sepanjang tahun", dan contoh2 yang serupa dengannya.

Mereka meriwayatkan kelebihan (Fadhaa'il) menunaikan solat di hari 'Asyura', dan mereka meriwayatkan pada Hai 'Asyura' Adam bertaubat, berlabuhnya kapal di Bukit Judi, Yusuf kembali kepada Ya'kub, Ibrahim terselamat dari Api, Penyembelihan Kibas (Nabi Ismail) dan sebagainya.

Diriwayatkan didalam hadith maudhu' (palsu) bahawa Nabi saw sesunguhnya :


من وسع على أهله يوم عاشوراء وسع الله عليه سائر السنة
"Barangsiapa yang melapangkan kaum keluarganya pada hari 'Asyura' maka Allah akan melapangkannya sepanjang tahun". Semua riwayat mengenai Nabi saw (didalam hal ini) adalah dusta, akan tetapi diketahui akan riwayat Sufyan bin Uyainah dari Ibrahim bin Muhammad bin Muntasyir, dari ayahnya berkata : {بلغنا أنه من وسع على أهله يوم عاشوراء وسع الله عليه سائر سنته}"Telah sampai kepadaku seseungguhnya barangsiapa yang melapangkan ahli keluarganya pada hari 'Asyura' maka Allah akan melapangkan sepanjang tahun" -[Majmu' Fatawa, Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah, 25/229,300].

Syiekh al-Islam mengingatkan : bahawa al-Hussein ra ketika dibunuh secara zalim, beliau syahid dan dimuliakan Allah dengannya dan dipertemukan dengan ahli baitnya yang suci, dan dihina kepada mereka yang zalim dan menyerangnya, dan akan menyertai kumpulan orang2 yang jahat dikalangan manusia.

Ada kumplan yang menjadi Jahiliyyah yang zalim : atau atheist, munafik, dan kumpulan2 yang sesat melampau, yang mana ketaatnyanya kepada ahlu al-bait, mengambil hari 'Asyura' sebagai hari pemakaman, kesedihan dan meratap, menzahirkan syiar Jahiliyyah seperti menampar pipi, mengoyak2kan baju, meratap2 seperti kaum Jahiliyyah.

Bagi menghadapi kaum2 ini, mereka melawan keta'asuban kepada Hussein dan ahlu al-bait. Dan bagi mereka yang jahil yang menghadapi kemusnahan (fasad) dengan kefasadan, pembohongan dengan pembohongan, kejahatan dengan kejahatan, bid'ah dengan bid'ah, mereka memaparkan kebahgiaan dan kegembiraan didalam upacara di Hari 'Asyura', seperti bercelak, bersolek, melapangkan ahli keluarga, memasak masakan yang diluar kebiasaan, dsb, sebagaimana dilakukanpada hari Eid dan perayaan. Mereka menjadikan hari 'Asyura sebagaimana musim menyambut hari Raya dan perkahwinan, sementara golongan yang lain mengambil sebagai hari kematian dan berada didalam keadaan kesedihan. Semua kumpulan2 ini salah dan terkeluar dari sunnah. [Majmu' fataawa 25/307-310].

==========
Petikan dari buku : Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi, . Fiqh al-Shiyaam : Taisir al-Fiqh fi Dau' al-Quran wa al-Sunnah. cet. ke 3. Beirut : Muassasah al-Risaalah, 2001. ms 142-145.

Sumber: AL-AHKAM.NET

::al-ahkam.net Forum Index » Isu Semasa » Kajian hukum-hakam Islam » Puasa 'Asyura' - Dr Yusuf al-Qaradhawi, Syiekh
Lihatlah mereka ini.. astaghfirullahaladziim..

ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA

0 Comments:

Post a Comment

<< Home